Khamis 7.30 pagi :- sesampai saja pagi tu kat opis aku segera kol abang aku yang sudah pun berada di kampung tanya kan bagaimana kondisi opah. Abang aku bagitau diorang baru nak bertolak pagi tu ke hospital Teluk Intan untuk melawat opah..sbb malam diorang bertolak diorang terus singgah umh abang aku kat batu gajah.
9.30 pagi :- Aku telepon abang aku tanya lagi keadaan opah macam mana...dan..khabar yg paling sedih abang aku suh kitorang smua adik badik segera balik ke kampung sbb opah akan keluar dr hospital dan akan dihantar balik ke kampung, Parit. Sebab opah mmg tgh nazak masa tu...dan semua yg ada kat spital berpakat utk hantar opah balik ke parit.Aku pon terus kol semua adik badik dan sedara mara yg lain utk segera pulang.
11.00 pg :- Aku dan aby & adik ipar aku satu keta terus gerak ke kl terus ke kampung parit. sampai parit jam 2 ptg. Masuk2 je umah tengok opah dah terlantar di tas katil dgn keadaan yg separuh sedar dan nafas yang x menentu..sebak aku tgk opah dlm keadaan nazak..segera aku solat zohor dan trus bacakan yassin.
4.30 ptg :- selepas solat asar ahli2 jemaah masjid dtg berkumpul di umah opah aku untuk bacakan yassin...bacaan yassin yg ke-2 separuh jalan...opah telah menghembuskan nafas nya tanpa aku sedari...tepat jam 5.20ptg opah telah meninggalkan dunia dlam keadaan yang aman dan tenang. Kaku seketika aku lihat sekujur tubuh tua yang seblum ini pernah menjaga aku dr umur 5 tahun sehingga 12 tahun.Terasa sebak tetapi aku & ahli keluarga yang lain redha dgn pemergiannya.Dan kami semua bersyukur kerana opah telah menghembuskan nafas nya yg terkahir di rumah nya sendiri di mana itu lah kemahuannya sblum ini. Dan di bulan Ramadahan serta hari jumaat adalah hari yang terbaik dan penuh kemuliaan. Alhamdulillah opah meninggal di waktu, hari dan bulan yang baik yang penuh dgn keberkatan. Semuga Allah mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosa-dosa allahyarhamah.
10.00 pg ( jumaat ) :- Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum solat jumaat. Semua anak2, cucu2, cicit2 dan ahli keluarga serta sanak saudara berkumpul bersama dalam menguruskan jenazah hingga ke kubur. Saat itu terasa keinsafan hadir dalm diri. Opah pergi dengan penuh rahmat dan kasih sayang...dan...sedikit pon kami anak2 dan cucu2 tidak merasa beban di ats pemergian nya.Malah kami redha kerana Allah lebih menyayangi arwah. Smoga roh opah aman dan tenang di sana....Amin..Al fatihah...
4 tukang karut:
INNALILLAH...semoga arwah diletakkan ditempat org2 yg beriman.
kak..takziah ye..moga arwah dicucuri rahmat ke atasnye..
al-fatihah
moga rohnye di cucuri rahmat
ari & bulan yang baik ye yanz...
terima kasih kpd smue yg prihatin dan mengucapkan takziah...smuga roh nya aman di sana...
Post a Comment