WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

05 October 2012

Apa itu mandi wiladah...

 

Yosssshhhh!!! mungkin ramai wanita kat Malaysia ni yg masih x tahu / lupa tentang mandi wiladah. Apa itu mandi wiladah?so hari ni aku nak share tetang Apa itu Mandi Wiladah dan nifas.... Secara jujurnya aku mengaku yg aku x tahu langsung ttg mandi wiladah ni..betapa jahilnya aku huhuu...walopun aku dah beranak 3 aku x penah mandi wiladah...sbb xde org yg bercerita pasal mandi wiladah ni kat aku...sehinggalah masa kwn aku melahirkan anak baru2 ni...dia citer lepas je dia bersalin dia terus mandi wiladah...aku rse mungkin ada gaks yg x tahu pasal ni...so jom aku share serba sedikit ttg mandi wiladah untuk penambahan ilmu bersama....lepas ni kalo kita dah lepas bersalin terus kena/WAJIB mandi wiladah ye :)

Mandi Wiladah dan nifas
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing


sumber dari : http://halaqah.net

so layantzzzz je la eh!!!