WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

13 April 2011

Penyakit Gout dan tanda-tandanya

Yosssshhh rentetan somiku dikesan kemungkinan mendapat penyakit GOUT aku telah cuba mencari maklumat mengenai penyakit ini...dan jom kita share artikel / sumber yg aku dpt dari klik4sihat

Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Tanda-tanda penyakit gout menyerang
-Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
-Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
-Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Rawatan gout melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit gout untuk keluar dari kengkangan penyakit ini

ayah dini& aqil ada GOUT!!

Yosssshhhh!!! cian aby...cian ayah dini, cian ayah aqil..cian somiku ini ...baru2 nie kaki dia rse sengal2 n ngilu2 kat bahagian ibu jari kaki...act dari hari jumaat aitu...aby dah mengadu kat aku yg kaki dia rse cam sakit2...aku pun cam x amik pot sgt la..kenapa sakit?aku x nmpk pun bengkak ke apa...so hari sabtu aby ngadu lagiks ibu jari sakit...aku suh la letak minyak angin ( perghhh apsal lah bini dia x amik berat eh?) hehehehe....ye lah sbb x penah pun aby ngadu sakit kaki...bila aku tgk kaki dia ok je nampak..cam xde apa2 pun...masuk hari ahad...pagi ahad tu aku ada keja sikit kena jaga budak mewarna kat cheras...aku ajak le aby sekali sbb pikirkan kejap jek nak pi mewarna tu...aby cam dah rse sakit sgt...kesian plaks le aku tgk...hati pun rse cam x sedap kan...so pas je abis sesi mewarna aku pun bwk le aby pi klinik...mmg aku je la yg kena drive sbb kaki aby sakit...pi klinik doc ckp aby kena GOUT...kena cucuk kat vontot!!hiks...alahai camner la aby leh kena gout nie???so doc kata kawal mkan..jgn mkn sebarang n kena diet!!!

Bila diimbas kembali...mungkin aby kena gout sbb petang jumaat tu dia kata dia makan tempe...( sblum nie mkn ok jek..)...pastu mlm tu kitorang pi c-4 aby suh aku beli air soya sbb dia kata aku peknen nie elok minum air soya..padahal aku ni x berapa suka minum air soya sgt...so beli la 2 botol...aby yg minum 1 botol sampe habis...mmm kemungkinan itu yg buat kaki dia sakit kot..sbb GOUT kan x boleh makan sebarang kekacang...so aby dapt MC 1 hari...so rest la dia mase isnin aitu...skg bengkak n sakit kat kaki dah xde..alhamdulillah..skg nie aku sibuk suh aby diet...sbb mmg nmpk badan dia dah naik bagaikan dipam2..aku suh jgn makn nasik..tapi aku x boleh le nak terus paksa aby nie stop terus dari makan nasik..sbb aby keja memerlukan tenaga kan...so aku suh dia mkn sikit jek nasik n makn lauk n minum air suam byk2....harap2  bila dah dapt tau ada GOUT nie harap2 dia boleh kawal mkanan dia..nak harap kan bini dia 100% tolong kawal kan mmg x pasti berkesan ke tak..sbb bini nya ni jenis cpt kesian..kang x sanggup tgk laki x mkn huks....

so layantzzzzz je la eh!!!!!