WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

08 December 2014

Aqil Sudah Sunat :: khatan beramai ramai


 Assalam... Alhamdulillah sudah selesai menyempurnakan tuntutan wajib ke atas anak bujang aku yang sulung iaitu Muhammad Aqil Darwisy untuk berkhatan. Aku join masukkan aqil dalam Program Khatan Perdana yang dianjurkan oleh surau Nurul Iman di kawasan perumahan umah kami iaitu di Saujana Puchong...

Program Berkhatan nie dijalankan selama 2 hari bagi meraikan anak-anak yng akan berkhatan...Program bermula selepas maghrib iaitu hari sabtu 29November dengan majlis membaca yassin dan solat hajat. Semua Ibu bapa dan anak-anak digalakkan hadir ke surau pada malam hari sabtu tu... Ada majlis penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatan. Dalam beg goodies tu ada selai kain pelekat dan makanan ringan. Selepas selesai majlis semua ibu bapa dan anak-anak dihidangkan makan beramai-ramai.. Actually x ramai peserta khatan tahun nie...mmg surau ni pun peruntukan bawah dalam lingkungan 15 orang je....aqil dapat no 11 giliran untuk berkhatan dari 16 org peserta...


Memula aqil mmg xcited la gaks nak bersunat ni...bila dia tengok ramai lak geng2 taska dia pun join berkhatan...2 minggu sebelum aku tanya dia nak bersunat ke tak...memula tu mmg dia x nak...tapi aku cakap aqil dah besar pasnie kalo aqil solat boleh jadi imam...mama folow aqil solat...dia dengar je dia boleh nak jadi imam terus dia setuju nak berkhatan...

Malam tu bagi dia main lenjan2 puas2...tido pun kena cukup sbb esok pagi dah kena standby kat surau kui 730 pagi..Pihak surau dah aturkan apa aktiviti yang akan dijalankan untuk budak2 nie...bagi diorang happy sket la...

 

Ada 2 bijik hilux yang akan bawak budak2 ni ronda satu taman....amboi sonot le diorang eks dapat naik hilux sambil berselawat...riuh rendah dgr diorang happy...Dah lepas puas ronda-ronda naik hilux semua budak2 dikumpulkan di padang untuk berarak sambil berkompang...berarak dari padang ke surau xde la jauh sgt...beberapa langkah jek...amboi cam org kawen le plak gayanya...

Siap tabur bunga lagi oleh AJK surau...mmm bertuah budak2 ni kan...mmg diraikan sungguh...

Selepas berarak budak2 disuruh berendam lak dlm kolam surau...kolan tu kecik je...muat2 la 16 org peserta...kalo ramai2 mmg sempit la....


Kesejukan menggigil budak2 ni dok dlm kolam...tu pun x nak keluar sbb syiok sgt kot berendam lama2...
Adik n dini tengok je abangnya diraikan...adik pun tingin nak join siap nak bukak baju nak mandi dlm kolam tu :P

Dah selesai berendam budak2 ditempatkan di satu ruang menunggu untuk menunggu giliran untuk dikhatankan...masa khatan nie aku je yang teman kan aqil..ayahnya masih x sihat so wakil le aku yg kena masuk bilik tgk aqil bersunat....aqil masih kelihatan rileks masa kat ruang menunggu nie...budak2 ni kira x dengar n x tahu apa yang berlaku kat raung berkhatan...peserta pertama je yang beria mennagis masa berkhatan...peserta selepas tu dah ok x menangis pun...


 Sebelum budak2 nak start berkhatan petugas klinik MedikNur akan bagi ubat kat ibu bapa...bekalan ubat ialah ubat tahan sakit dan ubat sapu...

Doktor yang mengkhatan kan anak-anak ni ialah Dr Salleh dan isteri Dr Nadhirah dari klinik medikNur Puchong utama...kaedah yang digunakan semasa berkhatan ialah teknik laser...bak kata doktor ni kaedah ini dalah yang paling terbaik dan cepat sembuh...aku tengok live cara dia sunatkan aqil...xde le plaks aku rse ngeri...maybe sbb xde darah keluar kot tu yang aku leh rileks je...tapi bab cucuk bius tu ngeri gaks sbb 3 tempat kot doctor tu cucuk :P...sib baik la ada brader2 surau ni dok pujuk2 n menenangkan aqil...so aqil pun xde la rse jiwa kacau sgt ....

 Tapi Aqil ada masalah zakarnya buta...so doktor cakap kemungkinan nak baik tu akan makan masa sikit..x seperti kanak-kanak yang zakarnya normal...so kalau penis jenis buta ni air bisa akan keluar dan memerlukan rawatan yang lebih untuk dicuci setiap hari agar air bisa x merebak sehingga akan berlakunya jangkitan kuman...


Alhamdulillah masa berkhatan tu aqil xde la nak nangis menjerit jerit...doctor suh dia baca doa nabi yunus...walopun aqil nampak cuak tapi sepanjang proses berhatan tu mulut dia x lekang menyebut Allah hu Akhbar dan beristighfar... :)

 Selepas berkhatan aqil di minta duduk rehat selama 10 minit untuk bagi dia tenang dan doctor akan dtg periksa tengok...kalo ok boleh la balik ke rumah....sebelah tu ialah anak abang aku yakni sepupu aqil..dia pun bersunat sekali...

 Hari pertama je aku beria ikatkan tali kat kain pelekat dia...x sampai beberapa jam dah dia suh bukak nak dok kat luar tgk tv...dia sanggup memegang sendrik kain tu dari diikat...so kitorang bior kan jek...

 Selepas 2 hari berkhatan doktor bagi appoinment utk datang ke klinik utk pemeriksaan lanjut...haaaaa masa hari kejadian nak pi klinik tu la penuh dramatis mat aqil nie...berjam2 kat klinik pujuk dia suh masuk dlm bilik rawatan...dari kui 2ptg hingga ke 5 petang x settle jumpa doktor...

lastnya aku pun tension terpaksa ambik ayah import bawak pi klinik sekali lagi untuk pujuk mamat ni...sebab kawasan penisnya perlu dibersihkan sbb air bisa tu akan merebak...aqil ni plaks jenis takut yang melampau2 sangat2...dia x nak kencing dia x nak org bersihkan / pegang penis dia tu...aku lak dah risau sbb dia punya x kering2...

 Jadi terpaksa lah ayah memujuk dan memberi cagaran sekiranya aqil nak cuci luka maka PSP yang diidamkan akn dapat ditunaikan :P...mmmmmm menjerit2 gak la aqil dlm klinik tu mse doktor tu bersihkan luka dia...lepas settle cuci luka boleh pi eon big berdekatan je ngan klinik tu dok beli PSP..amboi melayang duit omak ko nie aqil oooiiiii...


 Happy la budak ni dapat PSP...episod drama tidak berakhir di klinik sahaja...selepas balik dari klinik keesokan harinya dan hari2 seterusnya adalah drama yg sgt2 mencabar....aqil masih lagi x nak org cucikan luka dia...dia punya takut sampai menjerit2 cam org kena dera....aduyaiiii mmg susah nak menjaga budak sorang nie....

Sekarang dah seminggu aqil bersunat..tapi luka di penisnya tak sembuh sepenuhnya....x kering betul2 lagi...mungkin amik masa lagi seminggu Insyaallah baik lah tu....sekarang dia dok kat taska sbb cuti aku pun dah habis...aby pun dah start masuk keja selepas cuti operation aitu....

Okes untuk yang nak tahu kos berkhatan secara ramai-ramai ni ialah RM160...bagi aku ok lah...mungkin ada yang lagi murah kot...tapi sebb aku dah malas nak pikir n mmg niat nak khatan aqil tahun nie gaks so buat je la...sbb include door gift, makan dan aktiviti yang dijalankan.

Bagi aku la kan...sebelum korang nak khatan kan anak better wat kajian selengkapnya...ilmu kena penuh di dada...antara ilmu yg kena tahu sblum mengkhatan kan anak ialah :

- umur yang patut/ sesuai mengkhatankan anak...bagi aku selepas pengalaman mengkhatan kan aqil aku rse pasnie kalo nak khatan kan adiknya aku rse better khatan kan umo 10 tahun...sbb kalo beso mungkin dia boleh berdikari n x mengada2... aqil nie mcm kecik sgt...mungkin sbb badan aqil tu kecik dan dia pun x bpe matang so sifat mengada2 n takutnya melampau sgt2...wat kita gerammmmmm je nak menjaganya.,...so kena kesabaran yang tinggi....

- Periksa penis anak lelaki anda dari kecil agar penis tidak buta...seeloknya anak lelaki yang kecil perlu diurut zakarnya masuk keluar agar kepalanya keluar sikit...mcm aqil mmg zakar nya buta terus...jadi masa proses nak bersunat tu agak mencabar untuk doktor menarik dan mengeluarkan kepala zakarnya..dan penjagaan selepas berkhatan agak rumit jika anak anda zakarnya jenis 'buta'.

- Ada ilmu mengenai penjagaan dan pantang larang dari segi makanan dan penjagaan. Seelok2 nya cuba gugel dgn lebih terperinci mengenai penjagaan semasa berkhatan...cam aku...aku x sempat nak gugel sgt...bak kata org kalo anak lelaki bersunat ni bior ayahnya je yg jaga n bersihkan zakarnya...itu antara petua la...sebab kalo ibu yang buat luka anak tu cam lambat nak baik sbb anak dah ada rasa malu selepas berkhatan...wallahualam...aku pun x tau...masa aqil nie ayahnya x mampu nak bersihkan n jaga kan dia...so aku lah yang kena jaga n rawat aqil..so seelok2nya bior lah sang ayah yang menjaga anak bujang nya sepanjang masa bersunat....


Okes kat bawah nie secara ringkas tentang kenapa perlu berkhatan untuk kanak-kanak lelaki ?

Berkhatan atau bersunat adalah detik penting bagi kanak-kanak lelaki, khususnya beragama Islam, kerana ia menandakan seseorang itu memasuki fasa alam dewasa.
Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.
Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.
Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun perlu diingat, lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan.

Berdasarkan Persatuan Pakar Pediatrik Amerika, jika tidak berkhatan, seseorang lelaki itu perlu menarik lebihan kulit (kulup) itu ke belakang sehingga mendedahkan hujung zakar. Ia bagi membolehkan kemaluan dibersihkan setiap hari.

Jika tidak dilakukan, sel kulit yang mati akan terkumpul lalu membentuk kekotoran.

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan.

Justeru, berkhatan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini, terutama bagi kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, berkhatan pada masa kini bukan saja dilakukan oleh umat Islam, malah mula dilakukan oleh masyarakat bukan Islam, termasuk di Barat.

Katanya, ini kerana mereka mendapati proses berkhatan menjadikan kemaluan mereka lebih bersih dan mudah dijaga.

“Di dalam Islam, berkhatan memang dituntut dan jika kita lihat kenapa ia dituntut, ia sememangnya berkait dengan soal kesihatan.

“Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih,” katanya.

sumber dari MY METRO
 

 
so layantzzz je la eh!!!!!















27 November 2014

My hubby warded!! Usus terkeluar katanya ....


Yosssshhh...Assalam....
Wahhh pekaber semua...rindu gilerz kat my blog nie...
Okes harini nak updet pasal my hubby lorrr...mingu lepas dia kena warded sebab kena operate usus nya terkeluar...

amboi mek dini ni kat umah pun melekat ngan ayah...kat spital pun melekat gaks...x dpt siku ayah tu cam x sempurna hidup mek nie...

Actually ni kes 3 tahun dulu la...3 tahun dulu aby kena appendiks...so dah buang la appendiks tu...tapi lepas operate biasa lah aby nie jenis lasak2...kemungkinan ususnya terkeluar dari tempatnya...


Minggu lepas aku cuti seminggu meneman dan menjaga aby kat dlam ward...mse operation tu agak lama aku menunggu hampir 7 jam!!! sampai tergantuk2 dibuatnya...saspen pun adoooo ye lah sape x sayang suami kan....mesti lah aku cuak gaks sbb tunggu dia keluar dari dewan bedah tu lamaaaaa sngat....sambil tunggu aby kuar leh plak aku berselfie ngan anak buah aku ni..nak hilang ngantuk punyer pasal..ikutkan hati nak je lenjan baring kat ats katil tu...tapi baru nak baring nurse asyik le dtg tengok patient katil depan...owwwwhhh sungguh x tenang menunggu aby kat ward!!!


Dari kui 12 sampai kui 8 mlm baru aby naik ward...mmg nampak le dia letih n sakit...mau tak sakit banyak giler kot kena tebuk tang perutnya...cian aby...so mlm tu aku sleep la kat spital...teman aby n jaga dia...nak bagi makan n minum...org baru operate kan...still lemah x berdaya...

mmm nak tergelak bila aby dok tiup2 benda ni...ni alat cam nak mudahkan pernafasan kot...dok tiup2 tgk bola tu naik.. kalo naik tu amknanya pernafasan kita stabil la kot...biasalah baru pas operate pernafasan cam rasa semput2 kan....

Sekarang aby tgh cuti n rehat kat umah...skg dah boleh la jln laju sikit...kalo minggu lepas jln slow motion jek...
 Sebelum pi opis aku siapkan masak utk aby...siapkan bekpes n lunch...so aby cuma tinggal perangat kan je bila time nak makan...
Peneman aby kat umah ialah aqil..aku x bagi aqil pi taska...dok umah jaga ayah...kalo ayah nak mintak tolong amikkan air ke apa ke aqil yang akan tolong...nanti mama bagi upah tgk wayang :)

So harap aby pasnie cepat sembuh..kena pantang betul2 n jaga betul2 part operate tu...doc pun suh pakai bengkung yang ditempah khas supayan menahan perut dari x keluar usus tu lagiks...

dan doctor pun dah pesan dalam tempoh 6 bulan x leh wat keja berat2 n lasak sangat...

adios!

so layantzzzzz je la eh!!!!!



11 November 2014

Makan Pizza di saat genting~ memang OHseM sangat2...

 Yosssshhhh!!! wikend lepas kitorang melepek je kat umah...act dah lama dah kitorang membiasakan diri belajar dok umah bila wikend...rasa2 nak bwk budak2 ni berjalan nak petang- malam baru kitorang kuar...bukan apa kos kat KL nie kalo kuar je $$$ pun terbang gaks...hahahahaha....

 So hari ahad aitu mmg dari pagi aku x prepare makan apa2 pun kat umah...sebabnya masing2 bangun lewat!!!dah nak ke tengahari baru bangun...smue bermalas malasan kat dlm bilik...bagussss sgt!!! pas zuhur tye budak2 ni lapar tak??aku ni kan kalo cuti je otomatik perut rasa kenyang...kalo x makan dari pagi ke petang tu rasanya mmg xde masalah la...laki aku pun NO hal lah x kisah sgt nak makan ke apa...kalo ada makanan makan....kalo xde pun dia x kisah...haaaaa...tgk macam mana aku jage family aku?? senang sgt kan???hahahahaha...ni bukan senang ni namanya mengambil kesempatan!!!

 So dah nak masuk kui 4 petang wehhhhh...rasa bosan lak...salunya petang2 hujan turun...tapi hari ahad tu cuaca cerah giler....so ckp kat budak2 ni jom ajak ayah kuar kita ni x makan dari pagi...budak2 ni takat minum susu n makan jajan jek....so x tau nak ke mana aku tertiba cakap " kalo makan pizza sedap nih"...tiba2 aby terus menonong masuk area puchong prima...kat situ ada bangunan KFC ngan PIzza....hahahaha...aku cakap kat aby kalo mkn pizza ni mau nak dekat 100 nih,,,maklum la tgh bulan kannnnnn....aby diam jekkkk...masa order aby pun order x hengat...itu ini itu ini dia order...aku TENGOK kan je laaaaaa...

 Kitorang order pizza yg baru tu...apa namanya ntah yang bertingket2 gayanya...sedap gaks...mmg sedap lahhhh...aku kan penggila pizza....anak aku makan spageti...yg paling banyak makan mek dini ngan ayahnya laaaaaa....siap gaduh2 berebut makan!!hahahahaha... tgk bdan la kannnnnn....

 Alhamdulillah setel makan petang tu sampai ke malam kenyang nya...thanks la ayah banjer kitorang makan pizza....dah lama x mkn pizza sbnarnya...sekali sekala makan mmg Ohsem sgt2 hahahahaha...

Okes pas makan kitorang jln2 kat ioi...nak cari adapter laptop...cam biasalah kalo kuar je acara pau mengepau oleh budak2 ni mmg wajib la kannnnnn....x dapat yg beso yang kecik pun jadikkkk....tapi sib baik outing kali nie diorang pau makanan / sweet ngan main kuda nie....so boleh la layan...

 Actually nak bwk budak2 ni tgk wayang....tapi sebab dah malam so x pi la....naik kuda ni pun adik dah menjerit nak turun hahahahaha...okes tu je la aktiviti sempoi kitorang wikend aitu....cuti sekolah dah nak dekat x tau la apa aktiviti budak2 ni....nak berholiday tapi ayahnya kena masuk ward minggu ni...ok itu kiter citer bab lain....


so layantzzzzz je la eh!!!!!