WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

06 November 2014

Al-Fatihah: Kembalinya Opah ke Penciptanya...


Assalam... Selasa kelmarin Opah saudara aku yang lebih mesra aku panggil 'opah Yang' telah kembali ke rahmatullah...telah meninggalkan anak-anak, cucu-cucu dan dunia ini  buat selama-lamanya...Pemergiannya sangat2 aku rasai...walaupun pada zahirnya aku kelihatan tenang tapi banyak memori aku bersama 'opah yang' yang bagi aku adalah opah ke dua dalam hidup aku selain dari arwah opah ku...Petang selasa tu jugak aku balik ke kampung...tapi x sempat nak tgk jenazah sbb jenazah dikebumikan selpas asar. Aku sampai pun dah malam..sempat kenduri tahlil je...

Pemergiannya mungkin sudah dijangka...kerana faktor usia dan keadaannya yang uzur..Menurut makcik aku cik elly pemergiannya mudah sngat...saat2 terakhirnya begitu singkat..Alhamdulillah Allah memudahkan saat terakhir Opah Yang menghadapi Sakaratul maut dengan tenang...Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan merahmati sepanjang kehidupannya di dunia ini.

Aku bersyukur sangat setiap kali kalau aku balik kampung, aku x pernah x singgah untuk menziarahi ' opah yang'. Kali terakhir aku berjumpa ngan opah masa raya haji kira2 sebulan yg lalu... setiap kali kalo kita berjumpa mesti opah akan cakap " Yan...masa kamu tadika dulu...opah le yg ambik dan hantar kamu dgn anak india tu...." ayat2 tu sentiasa tergiang2 lagi sehingga kini...lepas nie suara tu dan kata2 tu x akan lagi aku dengari...bersembang ngan opah memang menyeronokkan...banyak sgt cerita nak diesmbangkan tiap kali berjumpa...


Banyak kenangan aku bersama opah..terutamanya masa zaman kanak-kanak...sbb dari tadika sampai darjah 6 aku tinggal dgn opah aku..." opah yang' antara opah yang paling aku rapat...tiap kali balik je dari sekolah aku akan singgah umh ' opah yang' nak tengok apa yng 'opah yang' masak...fav aku ikan keli masak merah...kalo ada je lauk ikan keli aku akan mkn tengahari kat umah 'opah yang'...kekadang melepak lama dok kat umah opah yang...terjerit2  arwah opah suh aku balik...tapi memang umah opah yang la yg paling best nak melepak...sbb umahnya sejuk...

Dan.. Opah Yang la yg selalu ajak aku mandi kat sungai...kalo ikutkan arwah opah aku x bagi aku mandi sungai...dia lah yg ajak aku berkelah kat tepi sungai masa arwah opah aku tgh tido..hahahaha...opah yang aku ni sporting sikit...walopun dia garang...tapi masa aku kecik dia layan aku sgt2 baik...kat kampung tu suara opah yang aku la yang paling riuh...banyak sgt kenangan masa kecik....tetiba rindu sgt dengan opah...gambo atas  ni adalah gambar terakhir aku berjumpa ngan dia masa raya haji bulan lepas....akan aku abadikan gambar dan kenangan bersama nya sampai bila2...

Al-Fatihah semoga roh allahyarhamah Sadiah  bt hj Wahab besemadi dengan tenang dan ditempatkan di kalangan2 orng2 yang beriman di sana...amen.



0 tukang karut: