WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

30 October 2012

baby Outlet ware house sales

Yosssshhhh!!! ni ada lagik satu baby punyer sales!!! nampak cam best jekkkkk....gerenti best kot...pandai2 korang nak bershopping ikut bajet masing2...rse cam nak pi gaks ni...sbb baju2 basahan adik dah banyak yg sendat :)...jom3x shopping!!!
 
 
23 October – 4 November 2012

Baby Outlet Warehouse Sale

Prices from RM1

Brands Offered
Batman
Bebe
Doraemon
Fisher Price
Ferrari
Anakku
Superman
Disney
Graco
Little Bean
Transformers
Mamy Poko
Classic Pooh
Drypers
and more

Time
10am – 8pm
Location
5 & 7, PJS 11/1
Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya


so layantzzzzz je la eh!!!!

my dear warehouse sales kembali lagiks!!!


Yossssshhhh!!! saper2 yang tertunggu2 my dear nya ware house sales leh la pi serbu cepat ye!!! actually sales ni dah start hari khamis aitu...aku plaks bz nak updet so hari ni baru teringat hehehehe...sori lah pada sesiapa yg menunggu update dari aku tu..informer lambat nak heboh2 kan...

so aku target nak pi gaks ( kalo sempat n kalo ada pulus lebih ) nak cari safety gate punyer spare part :)...maklum le kat umh tu dah ada 2 bijik safety gate..tapi skrew2 nya plaks hilang! sila lah salahkan ayah nya yg letak merata2 slps dibuka! hihihih....okes bwh ni details tempat jualan ni...act dokat bonar ngan umh aku hihihii...

so happy shopping!!!

25okt -4 nov 2012
10.00 pg -7.00pm

Products Offered
Cots
Strollers
Walkers
Car Seats
Toys
and more

Location (603 8060 0093)
34, Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor

so layantzzzz je la eh!!!!

09 October 2012

Gengmama shoppe @ hospital serdang



 Yosssshhhh!!! hari rabu minggu lepas gengmama telah membuka booth jualan sempena sambutan hari penyusuan ibu di hospital serdang. Tak sia2 apply cuti untuk meniaga hehehehe...memandangkan coti tahun pun dah tinggal serdak,tapi semangat nak berniaga punyer pasal, baki cuti yg ado tu pejam kan mata je la hehehehe...

 Alahmdulillah sambutan di hospital serdang sgt2 menggalakkan! bestnya kitorang berniaga...tgk le dari sepenuh2 meja. Masa nak loading barang2 pun jenuh gaks turun naik tangga beberapa kali...sbb barang terlalu banyak.!! risau gaks laku ke tak selimut kitorang nak jual ni??? ye lah kekadang aura -ve tu singgah gaks dlm diri ni...cam x confident takut barang jualan x habis...


 Tapiiiii...syukur alhamdulillah...tgk le gambo bawh ni...syukur...habis semua hasil jualan!alhamdulillah x sempat nak ke tghari selimut n barang2 jualan licin!!! tu pun ada gaks customer yg merungut nak jugekkkk selimut gebu yg sgt2 gebu tu :)...apa2 pun kitorang syukur sgt!!!! walopun berniaga kecil-kecilan tapi rezeki yg dtg tu besar ertinya pada gengmama!!!

 Stok baru mmg x sempat nak publish kat blog gengmama...sebab??? baru je nak upload barang dah habis diserbu org!!! kalo rajin sapa2 yg teringin nak merasa selimut gebu dari gengmama leh la add kitorang kat fesbuk yea...nak add ada link fb kat sebelah kanan tu...mmm pasni gengmama dah x sabar nak join booth jualan!

terima kasih pada biz partner aku rose yang sama2 sanggup bersusah dan besenang bersama untuk majukan biz nih!! hopefully pasni biz gengmama akan berkembang maju!!! korang2 tolong doakan ye!

Alhamdulillah syukur segala rezeki yang Kau kurinakan pada kami...


So layantzzzz je la eh!!!!


05 October 2012

Apa itu mandi wiladah...

 

Yosssshhhh!!! mungkin ramai wanita kat Malaysia ni yg masih x tahu / lupa tentang mandi wiladah. Apa itu mandi wiladah?so hari ni aku nak share tetang Apa itu Mandi Wiladah dan nifas.... Secara jujurnya aku mengaku yg aku x tahu langsung ttg mandi wiladah ni..betapa jahilnya aku huhuu...walopun aku dah beranak 3 aku x penah mandi wiladah...sbb xde org yg bercerita pasal mandi wiladah ni kat aku...sehinggalah masa kwn aku melahirkan anak baru2 ni...dia citer lepas je dia bersalin dia terus mandi wiladah...aku rse mungkin ada gaks yg x tahu pasal ni...so jom aku share serba sedikit ttg mandi wiladah untuk penambahan ilmu bersama....lepas ni kalo kita dah lepas bersalin terus kena/WAJIB mandi wiladah ye :)

Mandi Wiladah dan nifas
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing


sumber dari : http://halaqah.net

so layantzzzz je la eh!!!

01 October 2012

berkursus bersama pengasas sifoo.com


 Yossssshhhhh!!!! Minggu lepas aku telah diarahkan untuk pi kursus di penang...kursus khas untuk pereka2 di dlm perkhidmatan awam...nama kursus ni ialah kursus komunikasi visual...yang hebatnya tenaga pengajar adalah en.Imran Abdul Jabar iaitu pengasas siffo.com...



 Selama 3 hari 2 malam kitorang berkursus dengan penuh santainya!!! besttttt!!! x memeningkan dan x stress...yang stress kena tinggalkan somi & anak2...huhuu...tapi x apa..x lamapun....kitorang stay kat hotel naza talyya penang....ingatkan hotel ni mahal bebenor leer...baru cadang nak bwk family folo sekali...tapi bila bukak website hotel ni nak tgk rate bpe untuk bilik...tercangak gaks sbb paling murah bilik rm500++ gitu...mmmmm terus x jadik nak bawak fmily...rupa2nya xde lah mahal pun!!! cisssss!!!

 okes ni geng2 girls...yg best kursus ni ada aktivitui luar...so kitorang leh ronda2 town tuk cari bahan assingment....sambil2 jln tu apa lagiks...cuci2 le mata...tapi x leh nak cuci mata sgt sbb mase ni poket tgh kering kontang!!!! so dpt pegang2 n tgk2 je la....hiks

Tapi sayangnya kitorang x merasa pun nak makan nasik kandaq beratur....huhuu..maklum le pi kursus naik bas...kalo bwk keta sendrik mau jalan sakan kitorang!!! apa2 pun kursus kali ni sgt2 best+enjoy+rileks+happening....byk ilmu yang kitorang dpt sepanjang kursus ni...walopun singkat tapi ianya sgt memanfaat!!!


so layantzzzzz je la eh!!!!!