Yosssshhh rentetan somiku dikesan kemungkinan mendapat penyakit GOUT aku telah cuba mencari maklumat mengenai penyakit ini...dan jom kita share artikel / sumber yg aku dpt dari klik4sihat
Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.
Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.
Tanda-tanda penyakit gout menyerang
-Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
-Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
-Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
-Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
-Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.
Rawatan gout melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit gout untuk keluar dari kengkangan penyakit ini
3 tukang karut:
Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)
erm, betui ke hasben mu kene.. ciannya.. minta segerala buat rawatan susulan dan miga cepat sembuh..
terima kasih bg info berguna
yantz,
nak share sikit tips utk org sakit gout. Banyakkan makan sayur, kurangkan makan daging & makanan laut. Kalau dapat makan bawang putih banyak2..tanak sekali ngan nasik. ambik extra b complex dgn vitamin c. kalau dapat ambik salmon omega 3 bagus jugak. selain dari tu, boleh cuba buat air teh letak kiub betik muda, minum airnya untuk buang urik asid berlebihan. semoga suami cepat sembuh ya.
kalau suami sakit kita pun susah ati kan..
Post a Comment