WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

15 August 2011

tanda2 aku dah nak bersalin...

Yosssshhhh!!!! minggu nie genap dah aku 37wks...ayooooo makin berdebau-debau dah nie...okes aku juz nak share la kan pengalaman aku semenjak dah beranak 2 nih...nie dah masuk anak ke-3...tapi sindrom nya lebih kurang jek....tak tahu lah org lain mcm mana kan???tapi bile aku ingat2 balik mmg tanda2 cenggini la yg salu berlaku kat aku bila tiba masa nak bersalin...

antara tanda2 nya ialah :
- kaki aku dah mula menyembab cam benkak / besar gitu...jari  kaki pun dah rapat antara satu sama lain sampai xde ruang kat celah2 jari kaki tu...ha mase nie nak jln mmg payah la...sbb kasut pun dah x muat...huhuhu bila nak jln mula la dah x laratttttt sgt....biasa lah kan???

- muka dah sembab!!!dah nampak dah muka aku lebor semacam...dah cam bengkak jek...huhuhuhu...mmg pun smue dah bengkak...dari muka, kaki dan tapak tgn!!!nak pegang apa pun dah rse sakit!!! pe lagiks kalo mse tido x leh langsung nak genggam tgn ko!!!sakit ya amat!!!!tapi aku gagahi gaks....

- Kepala pening2 : ha ini lah sindrom yang paling aku x suker...mula lah nak ujung2 nie kepala sakit tiba2...x leh nak buat apa...nak tido pun x boleh...kekadang dah mkn panadol pun x hilang2 sakit kepala tu...aihhhhhh sabor je la...salunya sakit kepala ni dtg tiba2...tanpa diduga....sampailah tiba nak bersalin pun still sakit kepala lagiks...

- Telinga jadi pekak!!! yessszaaaaa....telinga aku akan jadi pekak tiba2..rse betul2 x selesa..mula lah apa org cakap aku x dgr...dah la mmg aku ni kurang dgr tapi ni gaks adalah tanda2 aku nak bersalin dah kot...salah satu telinga aku akn terasa bergema...buatkan aku rse x selesa...aku rse sbb telinga aku rse cam tersumbat sebelah tu yg membuatkan kepala aku sakit kot...aku terpaksa tunduk kan kepala senget2 nak bgi telinga tu selesa balik...x pun kena hembus hingus bagi lobang2 telinga tu besar balik...baru rse selesa!!!mmm mcm2 kan???

- pitam/loya !!!! aihhhhh ni mmg aku x suka...sbb bayangkan lah perut dah mmbesor nak kena muntah2 plaks...adehhh terasa cam nak terberanak kuar baby kat mulut!!siyes mmg aku rse x selesa!!!mse nie lah aku rse cam nak nangis sbb mmg seksa toi ble rse loya2 dihujung peknen...uwek...uwek..uwek!!!!eeeee...kalo boleh aku cuba tahan gaks supaya x muntah...tapi x leh gaks...nak muntah mmg x leh nak tahan2...lagi tahan lagiiiii la rse x selesa...baik kuarkan smue!!!haaa baru rse selesa tekak nih....


ok lah itu je kot yang aku pasan tanda2 aku nak bersalin nih....aku pun x tau le kali ni aku bersalin awal ke ataupun cukup2 due atau pun terlewat...kalo ikutkan sejarah..aqil lahir mse 37wks tu pun operate...dini plaks 38wks....yg ni aku x tau n x dpt nak agak....doakan lah aku bersalin normal dan dipermudahkan yea...aku dah mula lah rse cuak skg nih....ok lah andainya ini entry terakhir aku sblum aku bersalin..aku nak minta maaf dari ujung rambut hingga ke hujung kaki..MAAF ZAHIR dan BATIN kalo aku ada salah dan silap kepada smue yg baca blog aku nie...dan juga aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!!smuga korang smue haoppy di hari raya nnti...cewaaaaahhhh awalnya aku wish hari raya...xpekan?hehehehehe



so layantzzzzz je la eh!!!


12 August 2011

Haruan owh Haruan!!!

Yosssshhhh!!! Alhamdulillah smlm adalah penamat hariku untuk memakan ikan haruan!!!waaaaaa....dah bosan gilak n jemu gilak dok hari2 siang n mlm dok menyekik ikan haruan nie...dah hampir sebulan aku n aby dok melantak mkn ikan nie...menu sama jek...masak sup!!!bukan xmo tuko menu tapi aby kata sup lagi sedap !!! kalo goreng plaks aby xmo goreng sbb berminyak!!nak mkn bakar aby x leh cicah ngan sambal plaks takut pedas...so aku pun relakan je la.....heheheheh.... 
Tapi ikan haruan nie aby masak lagi sedap dari aku masak....mse awl2 je aku masak pastu aby komplen aku amsak x 'kick' last2 dia gagah masak!!!hehehehe....adakah aku akan merindui ikan haruan masak sup pasnie???ntah la...rse2 nya aku xmo kot...dah x larat nak telan walopun ikan tu mmg sodap!!!tau je lah kat KL nie ikan haruan mahal gilak!!!sekilo je dah rm23...tapi xpe lah kan demi aby nak sembuh mkn byk2 pun xpe...so far skg luka aby dah ok...dah kering...cuma ada sket je lagiks luka dia belum baik sepenuhnya...so aby still MC lagiks....so kita c'nue makan pati ikan haruan n air/jelly gamat je la yea...:)
okes nie aku share sket info kebaikan ikan haruan nie...sudi2 lah bace yuks!!!
INFO:
Haruan disahkan penyembuh luka.@ Ikan Bocat/Bochat

TIDAK kira digoreng, dibakar atau dibuat sup, ikan haruan memang sudah lama menjadi lauk hidangan rakyat Malaysia selain menjadi penawar untuk menyembuhkan luka terutama kepada mereka yang baru menjalani pembedahan dan bersalin.

...Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Beliau berkata, terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung.

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Profesor Abdul Manan berkata, keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.

Beliau memulakan penyelidikan ke atas haruan pada 1985 dan ketika itu terkejut apabila mendapati ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.

“Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60 hingga 70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut,” katanya.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka,” katanya.

“Penemuan kami menunjukkan haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.

Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.

Penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.

Beliau berkata, lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.
 
so layantzzz je la eh!!!!

Dasyatnya angka 1!!!


Yossssshhhh !!! nie aku dpt dari fesbuk member aku nyer wall...ada yg korang2 kat luor tu dah tahu kot...so aku nak share kat blog je la...cam menarik...so kat bwh nie aku copy paste pasal AJAIBnya no.1 nie...korang leh cube k!!!
Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah!
 
aku torai...aku lahir tahun 1980 so umo aku skg 31 tahun...
80+31 = 111...felik kans????

so layantzzzzz je la eh!!!