WAJIB KLIK banner INI!!setiap KLIK akan dibalas..sila lah KLIK n INFORM yea!!!TQ

klik salah satu gambar ini untuk menaikkan traffik di blog anda!!

hitz

22 August 2010

aku baru nak makan....huhuhuhuhu daging mcD x halal le....

aku dapat sumber ni dari fb dan di link ke sini.. aku bertindak untuk menyebarkannya demi ISLAM saudara2ku yang ku kasihi...supaya tidak lalai dgn permainan yahudi!!!!

Susulan Daging di McDonald's Tidak Halal. UPDATE HERE




Terkejut aku bila dapat tau daging yang dijual di restoran makanan segera yang terkenal iaitu McDonald tidak halal. Memang isu ni dah banyak kali timbul, tapi kali ni diperakui sendiri oleh JAKIM. Masya'allah, dah banyak kali makan baru berita ni keluar? OMG! Berikut adalah sumber yang aku dapat.

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama : Portal Rasmi Halal Malaysia

- Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas.

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini. Bertarikh 19 Ogos 2010.

Klik image untuk saiz lebih besar dan jelas

Maklumat Tentang Mac Food

Bagi sesapa yang tak percaya Mac Food Services adalah supplier McDonald boleh rujuk kat sini

(direct daripada laman web McDonald Malaysia): CLICK HERE

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

Nota sampingan:
Papepon, aku harap pada sesiapa yang dah baca sama ada terbaca atau membaca dengan sengaja, tolonglah sebarkan. tak kisah lah korang nak copy paste ker, share link ker, ape ker, I don't care okay? yang penting sebarkan. Semua ni demi saudara kita semua. Ingat yer sedara sedari, insan yang cemerlang datangnya dari akal, yer? dengan hati yang bersih, dengan jiwa yang tenang. yer? Kalau kita makan makanan yang kotor seperti makan makanan yang tidak halal, hati kita akan jadi kotor, jiwa kita akan jadi kotor. Jadi, macam mana kita nak jadi insan yang cemerlang? So, simpan dalam akal kita, tanam dalam jiwa kita, makan makanan yang sihat. Sebarkanlah artikel ini. Sekali lagi diingatkan (pakai loudspeaker) TOLONG SEBARKAN!! Assalamualaikum. :)
Aku dapat sumber ni dari Timhar's Blog
feel free to share.

Ku abes menulis 1 coretan pada:
Pukul 11:10pm Khamis 19 Ogos 2010.

Nenek pernah berkate:
"Inilah jarum halus yahudi untuk menjatuhkan Islam"
.fullstop.

note: semenjak lahirkan dini aku lom sempat menjamah mcD!!!huhuhuhu...

so layantzzzz je la eh!!!!

18 August 2010

performance drink for giveaway 3-hari

KORANG DIPAKSA UNTUK KOMEN ENTRY NI...TOLONG LAH KOMEN YEA SELEPAS MEMBACA...KALO KORANG KOMEN>>AKU HARGAI SESANGAT!!!!TERIMA KASIH PADA SESIAPA YANG MENGOMEN>>KORANG NAK KOMEN APA AKU X KISAH>>>>JANJI KORANG TINGGALKAN KOMEN>>>TULIS HAI PON OK!!!!sebab sape yg byk dpt komen dialah pemenang...aku nak menang wehhhhh....



okes...aku join GA nie di SINI...hanya 3 hari sahaja...kalo boleh komen lah banyak2 yea....

okes nie entry aku...harap korang sudi baca...heheheh


seawal 4 pagi ku bangun pagi...

dinihari ku mengepam susu untuk bekalan si comelku ardini...

sesudah itu ku bergegas memasak nasi...

inilah pengorbanan seorang isteri untuk sang suami..



hidangan sahurku sempoi sekali..

walau tersengguk dimeja santapan tetap disuapi..

kurma ku makan 3 biji..

untuk tambahkan tenaga sepanjang hari...



seharianku di ofice rasa senang hati...

susu dipam hasil makin menjadi...

alhamdulillah berkat makan supplement SET B...

ku segar bugar puasa ku diberkati...



penat di opis masih terasa lagi...

memandu ke rumah jln jem kuredahi..

dlm kepala pikirkan menu apa hari ini...

untuk berbuka biarlah suami puas hati...



selesai berbuka anak-anak ku tatapi...

hulurkan kasih sayang tak berbelah bahagi...

hanya sejam dua masa untuk ku dampingi...

selesai segala urusan ku masuk tidur hingga ke pagi...



inilah rutin ku setiap hari...

alangkah bertuah dapat performance drink free...

mungkin aku lebih bertenaga lagi...

sihat, ceria, keluargaku pasti happy...

Cara-cara menyertai giveaway ini:


1. Tulis entry tentang aktivi bulan puasa anda. Apa saja lah. Sahur ke, buka ke, param ke, terawikh ke, tido ke…


2. Copy+paste CODE di bawah ini dalam entry anda (paste ke dalam HTML ya bukan visual editor)
————-code bermula———-


Entry ini adalah untuk Giveaway 3-hari anjuran My Super Kids sempena minggu ke-2 Ramadhan. Sila tinggalkan komen anda untuk membantu saya memenangi minuman cegah dehidrasi Performance Drink bagi membantu saya kekal cergas berpuasa!


Anda juga boleh sertainya, sila lawati blog My Superkids entry Performance Drink for Giveaway 3 Hari untuk menang!


————code berakhir—————-


3. Markah bonus mungkin diberi sekiranya anda masukkan sekali gambar Performance Drink (seperti tertera di bawah).


Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbanyak diterima untuk entry berkenaan dalam blog anda.


so uols...jom kita join giveaway nie...hanya 3 hari...so aku nak PAKSA korang TOLONG...TOLONG..lah tinggalkan komen apa-apa sahaja ikhlas ke tak ikhlas ke kat entry ni...aku mmg teringin nak menang performance drink ni...bagus tuk hidrasi badan sepanjang bulan puasa nie....jasa baik korang amatlah aku hargaiiiiii....adiossss!!!kalo korang xde blog, klik kat anonymos tu jek...


so layantzzzz je la eh!!!!

17 August 2010

Merdeka Photo Contest


Yossssshhhh!!!dah lama aku x join contest n GA dlm beberapa hari nie...almaklum la aku agak bz skettt....so nak mintak jasa baik kengkawan...tolong singgah kat sini...http://www.facebook.com/photo.php?pid=4922450&id=255431194651#!/photo.php?pid=4922450&id=255431194651 dan ada namapak gambo budak berdua nie mintak tolong seminittttt jek,,tekan 'LIKE'...itu sahaja...terima kasih pada smua yang vote yea....
nak tau pasal contest nie...pi kat LINK ni....
so layantzzzzz je la eh!!!