Assalamualaikum...
Harini 9 Ogos 2022 pada tahun yag lepas genaplah setahun peristiwa yg menjadi asbab perjuangan suamiku Abdul Rahim bin Md Aris untuk melawan virus covid yang dihadapinya. Orang kata Covid akan dijangkiti 3-5 hari sebelum disahkan positiv.
Aku cuba coretkan rentetan 3 hari sebelum suami disahkan positiv pada tanggal 9 ogos 2021. Hanya untuk simpan sebagai kenangan kerana baru harini aku ada kekuatan untuk berkongsi dan mencoretkan sesuatu buat tatapan anak-anakku suatu hari nanti....
3 HARI SEBELUM DISAHKAN POSITIV
6 Ogos 2021 ( Jumaat )- Hubby balik kerja macam biasa...masa ni tengah musim durian. Selalunya kalau hari jumaat langkah kami laki bini panjang sikit sebab esoknya dah cuti kan. So hubby ajak ronda2 cari durian. Anak2 salunya memang akan tinggal sebab masa ni variant delta agak mengganas. Kami mmg tak berani nak dedahkan anak2 keluar. Walopun PKP tapi masih boleh keluar. Jadinya aku n hubby pergi ke Taman Medan untuk beli durian. Selalu mmg Taman Medan ni port fav kitorang la sebab duyan murah! duyan IOI n duyan kawen kira berbaloi beli banyak sebab x terasa kemahalannya. Maklum le anak2 semua mmg suka doyan! Style kitorang kalo beli mmg selalunya lebih dari 10 biji! kalini hubby mmg beli lebih dari 20 biji! sebab nak mkn ngan pulut dan santan.
Selesai beli sampai je umah...aku terus tanak pulut. Anak2 mmg x sabar bila dah nampak doyan. Hubby kata pas solat maghrib kita makan. Kalini hubby makan duyan agak banyak. Selalu dia akan berhati2 nak makan sebab dia akan kawal sebab tahu dia ada darah tinggi. Tapi kalini nampak dia makan agak banyak dari biasa. Dalam hati aku masa ni berpesan jugak cakap " abang jgn mkn byk sgt"...anak2 pun nampak keadaan tu. Ok xpelah sebab duyan sedap n mahal dri biasakan...so hubby xcited sket kot nak makan 😊
7 Ogos 2021 ( Sabtu ) - Pagi tu anak2 awal2 dah bekpes duyan...sambung lagi...kalini hubby dah x bpe nak makan doyan tu sangat...dia rasa pening-pening. Actually aku pun pening2 gak masa ni...so sabtu tu aby banyak tido je...katanya badan rasa x best...aku just bagi panadol n bgi dia rest layan movie ngan anak2
8 Ogos 2021 ( Ahad ) - Aby rasa badan masih x sedap...mcm nak demam & pening2...memang 1 hari tu dia tido je n aku bagi makan panadol. Petang tu dia rasa mcm dah ok sikit...patutnya hari minggu adalah hari hubby akan ke pasaraya Hero untuk top up beli barang dapo...tapi sebab sabtu & ahad dia x berapa sihat maka aku pun x kasi la dia pegi. Walopun stok makanan kat umh dah susut kitorang makan apa yg ada je la...aku plak mmg malas sungguh la nak keluar pi pasar. Memang totally harapkan hubby je laaa tuk shopping barang dapo. Malam ahad tu hubby ajak lepak dlm kereta...cam biasa kitorang mmg suka dating berdua dlm keta time PKP...masa ni aby rse badan x sihat...rse sendi2 semua lemah. Aku plak cakap " abang makan duyan banyak sgt kot..." dia plak leh cakap " ntah2 abg kena covid! " masa ni kitorang x xpect apa2 pun...tapi ignorekan je la...
Malam tu adalah malam terakhir anak-anak tido ngan ayahnya. Kitorang semua tido 1 bilik. Dalam bilik mmg ada 2 tilam queen + sofa. Kadang2 budak2 ni tido dalam bilik diorang. Tapi mmg minggu tu semua dok tido dalam 1 bilik. Kami bagi can anak2 tido sekali. Malam tu hubby tak boleh nak tido sgt. Dia rasa badan sejuk n menggigil. Aku ingat lagi masa tu dia siap pakai sweater. Itulah malam terakhir dia tido peluk aku dlm keadaan menggigil sejuk. Badan x rasa panas tapi sejuknya sampai ke tulang! Malam tu aku pun x dapat tido sebab hubby merengek kesejukan.
Esoknya....
9 Ogos 2021 ( Isnin ) - lepas subuh hubby mintak aku hantar kan dia pi klinik. katanya dia risau takut kena covid. Pagi tu aku masak nasi goreng. Hubby x nak makan. Dia cakap nak pi klinik cepat kalau lambat nnti ramai orang kena tunggu lama. Aku hantar Hubby ke klinik Bt 14 Puchong. Tapi aku just hantar sebab aku nak pi pasaraya Hero untuk beli stok barang dapur yang mmg dah habis. Dalam masa yg sama hati ni tergerak kalau betul hubby kena covid at least kat umh dah ada stok makanan untuk dimasak. Tengah aku beli barang aby wasap n menyatakan dia POSITIV COVID-19!
Rasanya aku stop di sini dulu...hatini masa ni bercampur baur tatkala dpt keputusan hubby....ada masa aku cuba sambung kembali...mood rasa x stabil untuk aku teruskan.....